Categories

Login

428 Bersih 3.0 >>>

Bersih 3.0 Sit-in Rally in Johor Baru, Johor.

A Bersih 3.0 rally will be held simultaneously in Johor Bahru at the JB Dataran Bandaraya. The clock tower is painted yellow to welcome Bersih 3.0 yellow wave in 2012!

The nkkhoo.com comment board with Facebook account.
Azmeer says:

Pilihanraya yang bersih menjamin masa depan anak kita.
– Seruan mamas@Bersih 3.0

Kami, mewakili kaum ibu dari seluruh Malysia, melangkah keluar demi Bersih 3.0, menyokong acara “duduk-bantah” and menyeru Suruhanjaya Pilihanraya serta kerajaan Najib melaksanakan reformasi pilihanraya sejurus sebelum Pilihan Raya yang menjelang.

Golongan ibu sering digelar sebagai golongan yang tidak prihatin terhadap politik, padahal, politik telah mempengaruhi kita.

Sesahihnya, ekonomi negara yang merosot telah menggegarkan kehidupan harian kita, sebaik-baiknya inflasi yang mengikiskan poket rakyat, duit rakyat yang tersejat akibat pemborosan dan pengurusan yang gagal, serta kes-kes rasuah meyebabkan negara kita ke pinggiran bankrapsi, sistem pendidikan yang gagal menyebabkan anak-anak kita kehilangan peluang dan persaingan yang adil, malahan golongan “Napoleon Kecil” yang berleluasa bersikap selamba dan diskriminasi yang terpesong daripada amalan “Satu Malaysia”, atau isu-isu keselamatan dan pengangkutan yang tidak pernah berubah baik. Walau sekecil manapun, politik telah mencengkami kehidupan kita.

Kami amat risau dan resah, adakah kita mampu membayar kos pendidikan tinggi anak kita yang semakin melambung? Kami keliru mengapa sekolah kita seringkali menghadapi kekurangan cikgu dan kelengkapan infrastruktur? Atau anak-anak kita terpaksa membangun awal semata-matanya tidak terlewat ke sekolah atas sebab kesesakan lalulintas. Kami bertanya-tanya kenapa anggota polis menindas rakyat seperti penjenayah tetapi bukan menghapuskan jenayah yang sebenar. Kenapa kita gagal menjaminkan keselamatan anak-anak kita?

Golongan ibu dapat merasai kesemua ini, namum demikian, apa yang kami boleh buat selain resah.

Kami kecewa atas penyalahgunaan kuasa dan kelakuan rasuah, kami sakit hati apabila mendapati bahawa sumber kita ditindas dan dicemari, kami hairan dengan berlakunya peristiwa peristiwa yang tidak masuk-akal tetapi ternyata di depan mata kita. Kita ingin berusaha sedikit manapun tetapi seringkali diiringi dengan perasaan hampa.
Oleh itu, kami mengharapkan undi yang dipegang dapat menjamin masa depan anak-anak kita,tetapi, kami kecewa tentang senarai undi yang telah diubah, pemaparan media yang dikawal, pengundi yang disogok dan dibeli. Kesemua ini menyebabkan undian kita tidak mambawa makna. Kami berasa geram.

Selaku pengasuh anak-anak kita, kami mahukan pilihan raya yang adil dan bersih. Siapa mahukan kerajaan yang bukan ditubuhkan atas sistem yang bersih dan adil? Kami menegakkan bahawa keadaan sedemikian haruslah dibetulkan dan tidak dibawa ke generasi anak-anak kita. Sebagai seorang ibu, kami haruslah menampil diri menyokong tuntutan Bersih 3.0
Kami mahukan perubahan sekarang juga, kami telah hilang kesabaran. Kita tak nak pengundi hantu. Apa yang kami mahu adalah pengundian yang bersih dan adil.

Kami menyeru agar suruhanjaya pilihanraya dan kerajaan Najib melaksanakan lapan tuntutan ini sebelum pilihanraya yang akan datang, yakni:

1. Bersihkan senarai undi;
2. Mereformasikan undi pos;
3. Gunakan dakwat kekal;
4. Masa kempen minima 21 hari;
5. Akses media yang bebas dan adil;
6. Kukuhkan institusi awam;
7. Hentikan rasuah dan
8. Hentikan politik kotor

Kami juga inginkan kerajaan mengundang badan antarabangsa untuk memantau proses pilihan raya untuk memastikan kerajaan yang bakal ditubuhkan ini berdasarkan pilihanraya yang betul dan sahih. Sekiranya negara Myanmar telah melakukannya, apa katanya kita? Malaysia pasti boleh.

Akhirnya, kami menyeru semua ibu-ibu di Malaysia, datanglah beramai-ramai ke Stadium Merdeka atau di tempat masing-masing, bersama-sama kita duduk bantah, selaku tekad kita dalam mengejarkan perubahan yang akan menjanjikan masa depan kita yang cerah.

Mamas @ Bersih 3.0
http://www.surveymonkey.com/s/mamas_bersih3