Categories

Login

2Smart Malaysia >>>

Hujah-hujah palsu di muka surat 49 hingga 52 :: Jenayah telah dikurangkan dengan langkah-langkah berkesan

muka surat 49

Kesahilan statistik polis telah dipertikaikan oleh bekas ketua polis negara, Musa. Dia berpendapat bahawa statistik jenayah telah dipalsukan dengan tidak mengambil kira banyak kes-kes jenayah serious yang dilaporkan.

Kalau data-data yang penting ini boleh dipertikaikan oleh sesorang pengawai polis kanan, rakyat-rakyat mesti berwaspada dengan hujah-hijah kerajaan BN yang menyatakan kadar jenayah telah dikurangkan.

Raykat menyeru statistik jenayah disediakan oleh pihak ketiga yang berkewibawaan untuk memulih keyakinan terhadap keupayaan polis membanteras jenayah.

muka surat 51

muka surat 52

Langkah-langkah yang diambil olek polis adalah berkesan?

Jawapannya tidak.

Langkah-langkah polis tersebut diibaratkan sebagai kaedah memadam api (fire fighting) yang pasif. Langkah-langkah kerajaan BN ialah mengurangkan kesan-kesan (syndromes) jenayah, bukan menghapuskan sebab-sebab akar umbi terjadinya jenayah.

Kalau masalah jenayah hendak dibasmikan secara berkesan, masalah-masalah akar umbi (root causes) jenayah mesti dipantau dan dihapas secara kesuluruhan.

Pak Cik Khoo pernah menyaran di suratkhabar The Star cara-cara untuk memantau dan menghapus unsur-unsur jenayah meragut dari segi akar umbi.

S1: Siapakah manusia boleh terbabit dalam jenayah seperti meragut?

Jawapan yang termungkin: Terdiri dari penagih dadah dan penganggur.

S2: Kenapa penagih dadah dan penanggur pergi meragut?

Jawapan yang termungkin: Dia orang perlu wang untuk dadah dan makanan untuk sendiri dan ahli-ahli keluarga.

S3: Kenapa ada penagih dadah dan penganggur di Malaysia?

Jawapan termungkin:

Masalah penagih dadah disebabkan kegagalan insitusi-insitusi keluarga, agama, pendidikan dan polis untik mendidik manusia yang bermoral.

Masalah penganggur disebabkan kegagalan kerajaan menyediakan latihan bersesuian dan kerja yang padan kepada golongan belia. Selain itu, kehadiran tiga juta perkerja-pekerja asing telah merampas banyak peluang pekerjaan yang sepatutnya diisi oleh rakyat tempatan.

S4: Bagaimana mencegah manusia yang asalnya berperangai baik menjadi unsur-unsur jenayah?

Jawapan bererti: Panduan hidup kepada anak-anak di rumah oleh ibubapa dan nilai-nilai murni moral mesti ditanam di rumah, sekolah dan masyarakat. Peluang pekerjaan dengan gaji yang berpatutan kepada belia yang terlatih mesti disediakan oleh kerajaan.

S5: Bagaimana mengurangkan kes-kes ragut?

Jawapan berkesan: Mengurangkan punca munculnya penagih dadah dan penganggur di jalanraya-jalanraya dengan kaedah akar umbi.

The nkkhoo.com comment board with Facebook account.
Kuanqiao says:

Hisham used index and non-index methodology to classify crime to hide the real data so as to meet the KPI.