Categories

Login

Election >>>

Kuasa Pihak Ketiga :: Undi PR untuk kerusi-kerusi parlimen, tetapi undi untuk ahli undangan negeri terpulang kepada kamu

parliament seat

Strategi Pihak Ketiga ialah mengundi Pakatan Rakyat sahaja di peringkat parliament kecuali kerusi parlimen Bentong.

Di peringkat negeri, anda boleh mengundi mana-mana parti atau calun yang digemari anda, undi kosong dicadangkan kalau tiada calun yang berkaliber dan sanggup berkhidmat setiap masa.

Tetapi dicadangkan anda mengundi PR bagi Dewan undangan Perak untuk memulih kuasa rakyat yang dirampas oleh BN.

Pemimpin-pemimpin tempatan MCA serupa PAS giat and rajin memberi perkhidmatan-perkhidmatan kepada rakyat di peringkat akar umbi dalam lima tahun yang lalu. Mereka ini tidak berperangkai macam DAP dan PKR yang kurang aktif di peringkat bawahan di mana calun-calun mereka hanya muncul menjelang pilihanraya.

Saranan ini ialah memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan dan pada masa yang sama menghadkan kuasa PR dengan memberi lebih kuasa kepada BN di peringkat negeri.

Mengimbankan kuasa di antara PR dan BN ialah untuk mengelak munculnya ahli-ahli politik yang keras otak macam Lim Guan Eng dan Hishamuddin, tak kira pihak mana menang dalam pilihanraya umum ke-13.

Anda dinasihat jangan menyokong secara babi buta terhadap UMNO dan DAP, yang kedua-duanya berperangai angkuh, perkauman dan pandai cakap kosong.

[send-link-to-friend]

Blog comment is closed, please comment with your facebook ID.