Categories

Login

2Smart Malaysia >>>

Hujan-hujah palsu di muka surat 79 :: Usaha kerajaan BN menangani kenaikan harga barang keperluan

muka surat 79

Kerajaan BN mementingkan kroni UMNO dari rakyat, harga gula dinaikkan beberapa kali selepas lesen berniaga untuk gula dirampas dari tangan Robert Kuok.

Hujah kerajaan yang mengatakan pengambilan gula yang berlebihian tidak baik untuk kesihatan adalah tidak logik.

Kenapa harga gula tidak dinaikkan pada masa Robert Kuok memonopoli perniagaan gula?

Dari kajian kerajaan BN sendiri, 75% subsidi-subsidi untuk makanan dan bahan bakar tidak dinikmati oleh golongan-golongan miskin.

Di antara kebocoran-kebocoran yang dikesan,

> Pelancung-pelancung asing and perkerja-pekerja asing yang bermastautin di Malaysia pun menikmati subsidi dari wang rakyat memang tidak adil.

> Orang kaya-raya yang memandu kereta mewah membeli petrol-petrol yang disubsidi menentang tujuan sebenar skim subsidi untuk orang tidak berada.

> Penyelurupan barang-brang subsidi ke negara-nagara jiran juga merugikan kedudukan kewangan negara.

Pak Cik Khoo bercadang subsidi-subsidi dihapuskan dan wang tersebut diberikan terus kepada rakyat miskin dengan mekanisma yang lebih baik dari BR1M.

Didapati orang-orang berada juga diberi RM500 wang tunai oleh kerajaan BN dalam skim BR1M.