Categories

Login

Sejarah >>>

Siapa itu jaguh sebenar?

1. 1940- 1948: Komunis melawan Jepun dan menolong British menentang Jepun di Malaya. Mereka digelar pahlawan-pahlawan oleh Ratu Elizaberth dan menghadiri perarakan kemenangan di London. Sementara, kebanyakan orang Melayu sokong Jepun pada masa perang dunia kedua.

Orang-orang awam cina dibunuh beramai-ramai oleh tentera Jepun dengan sokongan dari tali barut orang tempatan cina dan melayu.

2. 1948-1960: Komunis menentang British dari menakluki semula Malaya. Orang Melayu menyambut balik Penjajah barat British untuk menjajah Tanah Melayu semula. Parti Komunis Malaya diharam oleh British kerana tidak ikut arahan Penjajah meletak senjata.

Parti komunis Malaya sudah dua kali menentang penjajah-penjajah asing sementara pihak-pihak tertentu macam UMNO menyambut penjajah-penjajah dengan tangan terbuka sebelum 31 Ogos 1957.

Melayu-melayu yang berhaluan kiri menentang kemasukan penjajah British tidak pernah diisytihar sebagai pejuang merdeka oleh kerajaan UMNO.

Melayu UMNO berhaluan kanan telah dua kali memeluk dan bersubahat dengan penjajah-pejajah Jepun dan British dalam sejarah Tanah Melayu.

Guna akar sendiri, siapa yang jaguh sebenar menentang penjajah-penjajah kalau sejarah itu diteliti dengan adil dan saksama.