Categories

Login

2Smart Malaysia >>>

Hujah palsu di muka surat 109 :: Ekuiti bumi belum mencapai 30%

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kenapa Pak Cik Khoo membidas data-data di atas yang dikeluarkan oleh Kerajaan BN?

Mungkin ramai orang tidak sedar bahawa nilai nominal [face value] ekuiti digunakan oleh BN untuk mengira jumlah ekuiti yang dimiliki oleh bumi and bukan bumi. Cara taksiran ini memang tidak masuk akal dan berunsur tipu.

Sebagai contoh, nilai nominal saham Maxis adalah 10 sen and nilai pasaran [market value] Maxis di bursa saham sekarang ialah RM 6.42. Golongan-golongan bumi terpilih telah diberi 30% saham-saham Maxis semasa Maxis diapongkan (floated) di bursa saham pada tahun 1998.

Jumlah harga saham-saham Maxis dimiliki oleh bumi akan menjadi terlalu rendah dengan cara taksiran nilai nominal.

Perbandingan semasa mesti menggua harga pasaran semasa, maka harga sebenar saham Maxis ialah RM6.42, bukan 10 sen.

ASLI pernah mengira jumlah saham-saham bumi dan bukan bumi dengan harga pasaran. Peratusan bumi dalam ekuti didapati sudah mencapai 45%. Tetapi laporan ASLI tersebut ditarikbalik oleh anak Mahathir dan pengarang bernama Dr Lim Teck Ghee dipaksa meletak jawatan dari ASLI.

UMNO sengaja menrendah-rendahkan ekuiti bumi supaya Dasar Ekonomi Baru boleh dilanjutkan ke tempoh yang panjang, mungkin sehingga tahun 2050.

Sementara MCA dan MIC berpura-pura tidak tahu penipuan secara institusi oleh UMNO.

Satu […]