Categories

Login

Industrial Waste >>>

A poser to Federal and Penang state governments why Jinko Solar manufacturing facility can be approved without EIA report ?

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Today days lapsed for no reply from DOE: 8 days The reply from DOE.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Ibu Pejabat, Jabatan Alam Sekitar (JAS) terlebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih di atas perhatian tuan mengenai isu-isu alam sekitar kemungkinan berlaku dari cadangan kilang Jinko Solar Technology Sdn. Bhd. di peringkat kilang beroperasi kelak. Dalam hubungan ini, pihak kilang telah mengemukakan permohonan Penilaian Awal Tapak (PAT) kepada JAS Pulau Pinang pada 5 Februari 2015 dan maklumat-maklumat yang dikemukakan mendapati cadangan kilang tersebut akan ditempatkan di kawasan industri berat iaitu di Kawasan Perindustrian Perai , Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Penempatan di kawasan industri berat adalah sesuai kerana mempunyai jarak penampan yang mencukupi ke kawasan perumahan terdekat. Cadangan kilang tersebut adalah untuk menghasilkan produk photovoltaic solar dan photovoltaic modules.

3. Untuk makluman tuan juga, berdasarkan kepada bidangkuasa perundangan JAS sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, cadangan aktiviti kilang bagi pengeluaran produk tersebut tidak tertakluk kepada keperluan kajian EIA. Justeru laporan EIA tidak perlu disediakan oleh pihak kilang. Namun pihak kilang Jinko Solar Technology Sdn. Bhd. masih perlu mematuhi peraturan-peraturan lain yang ditetapkan di bawah Akta tersebut bagi memastikan tindakan pencegahan […]