Categories

Login

2Smart Malaysia >>>

Hujah-hujah palsu di muka surat 76 :: Perlembagaan dihormati oleh BN dan adanya hak istimewa bumi dalam Fasal 153

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perlembagaan asal semasa merdeka telah dipinda sebanyak 640 kali oleh kerajaan BN. Sementara perlembagaan Amerika yang berumur lebih 200 tahun cuma dipinda dua kali saja.

Adalah perlembagaan Malaysia dihormati oleh BN jikalau ia telah dipinda sebanyak 640 kali dalam tempoh 54 tahun?

Taraf warganegara diberikan dalam Fasal 14 kepada bukan bumipeteras dicabar secara terus terang oleh bekas perdana menteri, Mahathir.

Semangat asal kontrak sosial yang dipersetujui oleh Tunku dan pemimpin-pemimpin bukan bumi telah dicabuli oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Perdana Menteri Najib tidak menbantah langsung saranan-saranan Mahathir untik menkaji semula kedudukan warganegara bukan bumi dan mencabut hak kerakyatan Ambiga dengan pindaan perlembagaan adalah tanda-tanda persetujuan dari kerajaan BN.

Dalam Fasal 153, cuma ada kedudukan khas (special position) bumiputeras dicatatkan. Hak istimewa orang Melayu/pribumi adalah satu ciptaan palsu oleh JASA.

Kedaulatan raja-raja Melayu telah dicabuli oleh Mahathir pada 80s setelah perlembagaan dipinda untuk menghadkan kuasa Agong dalam kelulusan rang undang-undang dan raja-raja Melayu boleh didakwa di makahmah.

Pindaan ini tak sah kerana ia tidak dipersetujui oleh masjis raja-raja Melayu sebulat suara.